RON95 dan RON97 turun 8 sen, Diesel turun 10 sen

0

Harga runcit produk petroleum mingguan semakin merosot.

Jika minggu lalu petrol RON97 dan RON95 turun 7 sen, harga petrol terbaru bagi tempoh 4 hingga 10 April 2020 didapati turun lagi sebanyak 8 sen.

Berdasarkan pengiraan formula APM, RON97 daripada RM1.68 menjadi RM1.60 seliter dan RON95 daripada RM1.38 kepada RM1.30 seliter.

Berbeza dengan diesel, kali ini harga petrol turun lebih 2 sen daripada RON97 dan RON95 iaitu sebanyak 10 sen.

Harga runcit diesel ditetapkan sebanyak RM1.58 seliter ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply