Rokok seludup bernilai lebih RM2 juta dirampas

0

Lebih 2.5 juta batang rokok seludup jenama Canyon bernilai RM2,058,000 telah dirampas dalam satu operasi sindiket pengedaran rokok seludup yang bergiat aktif di seluruh semenanjung Malaysia pada 27 Februari lalu.

Operasi yang dijalankan oleh cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bukit Aman telah berjaya menahan enam orang suspek.

Enam dari mereka terdiri daripada tiga lelaki cina warga tempatan dan tiga lagi warganegara Myanmar berumur diantara 26 dan 52 tahun.

Kesemua mereka telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis daerah Kajang, Selangor selama enam hari mulai 28 hingga 4 Mac 2020 di bawah Seksyen 116 (c) Akta Kastam 1967 untuk siasatan lanjut.

Pengarah JKDNKA, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam operasi itu turut dirampas tiga buah kenderaan iaitu dua buah lori jenis Isuzu dan Hino serta sebuah kereta jenama Persona yang menglibatkan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,188,200.00.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply