Robot Naseem jadi tumpuan di pentas Konvokesyen UniSZA

0

Kuala Nerus 19 Oktober 2019 : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila memperkenalkan Robot Naseem yang dicipta oleh lima pensyarah Fakulti Rekabentuk Industri dan Teknologi (FRIT) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), baru-baru ini.

Kehadiran Robot Naseem itu mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,500 graduan, kakitangan dan ibu bapa di dalam Dewan Al-Muktafi Billah Shah pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA.

Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti & Risiko, Prof Madya Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah, berkata Robot Naseem telah direkabentuk, dibangunkan dan diprogramkan sepenuhnya oleh UniSZA.

“Ini adalah hasil usaha Mechanical, Electronic, Computing and Arts Research Group (MECCA) iaitu kumpulan penyelidikan yang terdiri dari lima pensyarah di Fakulti Rekabentuk Industri dan Teknologi (FRIT) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)”

“Robot Naseem ini dicetak menggunakan teknologi cetakan 3D dan mengambil masa hanya tiga minggu untuk disiapkan”, katanya ketika ditemui di Majlis Konvokesyen UniSZA.

 

Menurutnya lagi, Robot Naseem adalah robot ke-3 yang telah dibangunkan oleh MECCA dan juga merupakan kumpulan rasmi bagi mewakili UniSZA dalam pertandingan Robocon peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Robot berkenaan diberi nama Naseem yang bermaksud Hembusan Bayu Yang Lembut bersempena lapan nilai teras yang terkandung pada 8 kelopak utama pada logo UniSZA

Antara 8 nilai teras berkenaan asalah Ilmu, Iman dan Akhlak, Amal, Kepimpinan, Koloborasi, Keusahawanan, Transformasi dan Inovasi.

Leave a Reply