RMKe-12 bagi pelaksanaan fasa pertama Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dibentang Ogos depan

0

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menyatakan pandangan pakar industri bagi menjayakan penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) telah dikeluarkan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mempengerusikan sesi libat urus, bersama pakar-pakar industri bagi membincangkan dengan lebih mendalam keperluan dan keutamaan yang perlu diberi perhatian dalam penggubalan RMKe-12 yang sedang rancak dijalankan.

21 pakar industri daripada bidang pertanian pintar, aeroangkasa dan ekonomi digital telah mengutarakan input-input untuk diberi perhatian segera oleh pihak kerajaan dalam usaha meneroka dan menggembleng potensi ekonomi yang besar dalam ketiga-tiga bidang ini.

Dalam satu kenyataan memberitahu sesi libat urus dengan pakar-pakar industri yang merupakan penggerak utama dalam sektor masing-masing amat penting dan jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan pandangan semua pihak diambil kira dan perincian menyeluruh akan dilaksana dalam menentukan hala tuju pembangunan negara bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Bagi berdepan dengan cabaran era Revolusi Perindustrian 4.0, ketiga-tiga bidang ini mempunyai peranan yang besar dalam menyuntik dinamisme baharu ke arah membina ekonomi berpendapatan tinggi, mencipta peluang pekerjaan yang lebih luas dan menyediakan taraf hidup yang lebih baik bagi setiap rakyat Malaysia.

RMKe-12 dijangka akan dibentangkan pada Ogos depan di Dewan Rakyat merupakan fasa pertama bagi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

Penyediaan RMKe-12 akan berasaskan tiga objektif WKB iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply