Rina Harun selami hidup gelandangan

0

Ada gadis menjadi gelandangan dek dikecewakan teman lelaki.

Malah, ada sebilangan lelaki menjadi gelandangan kerana hilang pekerjaan. Ada pula ditipu majikan dengan tidak dibayar gajinya dan tidak kurang yang angkat kaki melarikan diri dari dihampiri.

Demikian perkongsian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang berkongsi pengalaman bertemu gelandangan ketika menyusuri lorong-lorong dan kaki lima yang gelap dan sunyi di bandaraya Kuala Lumpur.

“Misi dan niat saya mendekati golongan ini adalah untuk memahami masalah mereka serta menawarkan khidmat Anjung Singgah yang tersedia untuk membantu mereka mendapatkan perlindungan dari berpeleseran di lorong-lorong dan kaki lima.

“Perbualan santai dengan beberapa gelandangan memberi peluang kepada saya menguar-uarkan kewujudan Anjung Singgah yang sedia menerima kehadiran mereka untuk diberikan perlindungan, tempat tinggal dan makanan secara percuma.

Menurut beliau, Anjung Singgah boleh dianggap sebagai “One Stop Center” yang disediakan buat para gelandangan agar golongan ini sedar masih ada sinar harapan buat mereka mendapatkan perlindungan dan tempat berteduh.

Disini juga ada pihak yang akan membantu mencarikan peluang pekerjaan buat gelandangan ini dalam usaha menjadikan kehidupan mereka lebih terjamin untuk meneruskan kehidupan di kota metropolitan.

“Ketahuilah bahawa, Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang manusia, melainkan dengan usaha manusia untuk mengubah dirinya.

“Pepatah Melayu juga selalu berpesan “Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”, pesannya.

Dalam perkembangan berkaitan, KPWKM menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Kebajikan Negara Malaysia akan terus komited menyantuni serta sedaya upaya membantu kumpulan sasarnya untuk diberikan perlindungan demi kehidupan yang lebih bermakna.

Nampaknya menteri wanita kita ni yang selalu bergaya anggun bukan sahaja semakin cantik malah prihatin pula ya.

Semoga terus berkhidmat dan berjaya YB 🤲🏻

#KPWKMPrihatin
#KitaJagaKita

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply