Rihanna kembali solo, sudah putus cinta dengan jutawan Arab Saudi

0

Penyanyi R&B, Rihanna dilaporkan telah berpisah dengan teman lelaki bergelar jutawan kacak dari negara Arab Saudi, Hassan Jameel.

Hassan Mohammed Abdul Latif Jameel adalah seorang ahli perniagaan berjaya yang memegang jawatan Timbalan Presiden dan Naib Pengerusi operasi perniagaan konglomerat milik keluarga Abdul Latif Jameel, yang di antaranya mempunyai hak pengedaran kenderaan jenama Toyota di Arab Saudi dan negara-negara lain.

Umum mengetahui sebelum ini Rihanna dan Hassan jarang menonjolkan hubungan mereka di khalayak ramai.

Perpisahan itu mungkin mengejutkan para peminat penyanyi tersohor dunia setelah pasangan itu memilih untuk menamatkan hubungan mereka selepas tiga tahun bersama.

Bintang Amerika, Rihanna kini sedang sibuk mempromosikan pakaian dalam jenamanya ‘Savage X Fenty’ yang baru serta dalam masa yang sama menguruskan perniagaan solekannya ‘Fenty Beauty’.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply