Ribut petir diramal landa Terengganu, Kelantan dan Sarawak hari ini

0

Ribut petir diramal melanda beberapa kawasan di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Sarawak, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ribut petir dijangka berlaku di satu atau dua tempat melibatkan kawasan pedalaman di Kelantan dan Terengganu pada sebelah petang.

“Ribut petir turut dijangka melanda kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu pada sebelah malam,” kata MetMalaysia melalui kenyataan media yang dimuat naik di laman web rasminya hari ini.

Dalam pada itu, ribut petir turut diramal berlaku melibatkan satu hingga dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong yang terletak di negeri Sarawak pada sebelah petang.

Tiada hujan diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sepanjang hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply