Ribut Cytokines punca komplikasi serius jangkitan COVID-19

0

Salah satu misteri terbesar bagi jangkitan Coronavirus adalah, mengapa hanya menyebabkan gejala ringan pada kebanyakan orang, tetapi boleh menyebabkan kematian pada individu lain?

Satu perkara penting yang harus kita tahu, virus COVID-19 mampu membiak dengan begitu pantas selepas ia menjangkiti satu sel sekaligus mengakibatkan stress yang besar pada tubuh dalam tempoh masa yang singkat.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, situasi ini akan menyebabkan tubuh membebaskan Cytokines dengan banyak sehingga tidak terkawal dan ia akan mula menyerang sel dan tisu tubuh selain melawan virus.

Salah satu misteri terbesar bagi jangkitan coronavirus adalah mengapakah ia hanya menyebabkan gejala ringan pada…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Jumat, 17 April 2020

Bagi jangkitan COVID-19, tindak balas ribut Cytokines kebanyakannya berlaku di paru-paru dan apabila paru-paru telah rosak, sindrom gangguan pernafasan berlaku.

Setelah itu ia akan disusuli dengan beberapa lagi gejala lain yang menyebabkan organ lain mula gagal untuk berfungsi sekaligus menjadi salah satu kepada penyebab kematian yang sukar dielakkan.

Apakah itu Cytokines?

Cytokines adalah sejenis protein yang memberi isyarat untuk mengatur imuniti, keradangan dan penghasilan darah.

Sehingga kini, belum ada rawatan khusus dan vaksin bagi COVID-19. Perkara yang terbaik adalah untuk kita mencegah dari dijangkiti.

#stayAtHome
#staySafe
#keepfighting#covid19

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply