Ribuan penyokong ‘bossku’ berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

0

Ribuan penyokong bekas Perdana Menteri , Dato’ Seri Najib Razak membanjiri perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak jam 7 pagi bagi memberi sokongan seterusnya mendengar keputusan kes SRC hari ini.

Sokongan padu oleh para penyokong setia Dato’ Seri Najib turut dikongsi oleh anak perempuan beliau, Nooryana Najwa di laman Instagram miliknya.

Nooryana Najwa dalam perkongsiannya turut menzahirkan rasa terima kasih kepada yang hadir berhimpun kerana terus setia menyokong bapanya.

Para penyokong ‘bossku’ hadir memberi sokongan hari ini bagi mendengar keputusan mahkamah bersabit kesalahan pecah amanah, salah guna kedudukan dan penggubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply