Reza Hasbi kongsi skill D.I.Y set meja makan dari batang kelapa

0

Apa persamaan pelakon Reza Hasbi dengan batang kelapa?

Kenapa pelik bebeno ‘pick up line’ ni?

Persamaannya iaitu kedua-duanya anda boleh temui di kedai makan #lepakkampungtalang .

Pelakon Reza Hasbi bukan sahaja berbakat dalam lakonan, malah dia juga handal memasak ya.

Jika tidak, mana mampu anak jati Kuala Kangsar ini membuka premis perniagaan di tempat kelahirannya itu.

Walaupun mempunyai tukang masak, tuan punya kedai pun mestilah handal juga kendalikan periuk kuali di dapur kan!

Tapi, bukan itu sahaja. Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram dan Youtube miliknya, Reza mempertontonkan kemahirannya bertukang!

Pada dua siri Youtube itu, Reza telah menyiapkan meja dan kerusi makan yang diperbuat daripada batang kelapa.

Bermula dari pemilihan bahan, pemotongan, kekemasan sehinggalah siap untuk digunapakai, kesemuanya dibuat sendiri oleh Reza.

Wah! Boleh tahan hebat ya Reza.

Buat anda yang berada di Kuala Kangsar, jangan lupa singgah ke kedai Lepak Kampung Talang.

Bolehlah nikmati variasi makanan enak di atas kerusi batang kelapa hasil kerja tangan Reza sendiri.

Buat pengetahuan anda, jangan lupa tonton rancangan ‘Moh Kenei Perak’ pada episod ke-12 kerana Reza sendiri akan berkongsi kelebihan kedai makan Lepak Kampung Talang.

Moh Kenei Perak terbitan Nang Surya Studios dihoskan oleh penyanyi dan pelakon popular tanah air, Shiha Zikir bersama pelakon versatile, Zul Huzaimy Marzuki.

Program 13 episod ini dibawakan khas oleh Kerajaan Negeri Perak memaparkan episod penjelajahan dua selebriti tanahair bersama Krew Moh Kenei Perak ke 12 daerah di negeri Perak Darul Ridzuan.

Setakat ini, lapan episod sudah disiarkan di TV3 dan kepada anda yang ingin menonton siaran ulangannya bolehlah tonton dan subcribe Youtube channel Moh Kenei Perak.

Jom kita!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply