‘Reunion’ sambil bercuti bertemakan uniform sekolah, cetus idea kembali nostalgia setelah 20 tahun tinggalkan alam persekolahan

0

Ketika menginjak ke usia yang semakin bertambah, pasti kita akan terkenang alam persekolahan yang penuh dengan kenangan manis dan nostalgia.

Lazimnya majlis ‘reunion’ biasa dilakukan untuk bertemu rakan sekolah yang mungkin sudah lama terpisah dan amat jarang bertemu kerana kesibukan kerja dan komitmen masing-masing.

Berbeza dengan empat sahabat ini yang mengadakan ‘reunion’ melancong ke Korea Selatan dengan memakai uniform sekolah, cetus idea menarik buat BFF di luar sana.

Pemilik akaun Facebook, Eina Sani telah berkongsi beberapa foto menarik di laman media sosialnya ketika bercuti di Korea Selatan bersama tiga rakan sekolah, Noriz, Marwani, dan Zaza.

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian ramai ditambah idea yang berbeza dengan memakai pakaian seragam sekolah ketika bercuti.

Menurut Eina, mereka berkenalan sejak di bangku sekolah dan mula bersahabat baik ketika di tingkatan empat.

Idea mereka memakai pakaian seragam sekolah bertujuan mengembalikan nostalgia ketika berada di alam persekolahan dan mengabadikan kenangan bersama 20 tahun berlalu.

Buat sahabat di luar sana yang sudah lama tidak berjumpa bersama kawan-kawan mungkin boleh mencuba idea ‘reunion’ sambil bercuti seperti ini.

Leave a Reply