Respect! Walau sibuk uruskan COVID-19, Dato’ Dr Noor Hisham sempat lakukan pembedahan bersama rakan sejawat

0

Meskipun sibuk menangani wabak COVID-19, namun Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah sempat meluangkan masa turut serta melakukan pembedahan bersama rakan sejawatnya.

“Pagi ini saya sempat menguruskan dan meluangkan kekangan waktu untuk melaksanakan satu pembedahan ‘tiroidektomi’ untuk seorang pesakit yang menghidap ‘right dominant multinodular goitre’ pagi ini.

”Amat ‘menyegarkan’ berada semula dalam bilik bedah untuk menenangkan diri saya dan bertemu dengan semua staf OT (bilik bedah) saya.

“Saya turut diberikan taklimat mengenai aliran kerja dan SOP (prosedur operasi standard) bagi pesakit positif COVlD-19 yang perlu menjalani pembedahan,” tulis beliau bersama beberapa gambar di bilik pembedahan.

This morning I managed to squeeze in some time to perform a thyroidectomy for a patient diagnosed with right dominant…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Thursday, 11 June 2020

Menurut beliau, setiap hari merupakan hari baru untuk menimba ilmu dan juga cabaran baru untuk mereka bersedia menerima kemungkinan yang lebih teruk namun beliau kagum dengan keikhlasan, kekuatan dan juga kreativiti yang ditunjukkan oleh para petugas barisan hadapan.

Ketika krisis pandemik ini melanda, ianya telah memberi mereka banyak pengajaran dan pengalaman yang berharga tentang perpaduan dan juga keharmonian.

Tambah beliau lagi, mereka bertanggungjawab untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan diri malah mereka terus berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik dan terus berusaha untuk meneroka idea dan inovasi baru.

“Kita kini dalam fasa pemulihan. Bagaimanapun, cabaran sebenar bermula sekarang iaitu untuk rakyat mematuhi SOP. Rakyat boleh membuat beberapa kemungkinan yang mana akan ada sinar dan harapan baru untuk mengakhiri rantaian wabak pandemik COVID-19,” ujar beliau mengakhiri perkongsiannya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply