Resolusi pilihan raya PBT diluluskan, Presiden ISMA gesa ahli politik Melayu bertindak dan bukan hanya berdegar-degar di dewan sidang

0

Memetik portal Suara Melayu, dilaporkan DAP mengulangi tuntutan untuk mengembalikan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menjadikannya antara lapan resolusi yang diluluskan pada Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019.

Berikutan hal berbangkit, Presiden Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya turut mengkritik keras berkenaan tuntutan melampau DAP yang mahu menguasai kawasan bandar.

“Apakah ahli politik Melayu masih mahu berdiam diri apabila parti rasis dan cauvinis DAP menuntut untuk mengembalikan pilihan raya PBT?

Dipercayai, kesemua lapan resolusi itu diluluskan sebulat suara oleh 107 anggota perwakilan yang hadir.

Sehubungan itu, pihak mereka mendakwa pilihan raya PBT dituntut bagi membolehkan demokrasi diamalkan di peringkat akar umbi dan memastikan akauntabiliti PBT kepada rakyat.

Mengulas perkara itu, ketua Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata DAP hendak meneruskan PBT yang akan menyaksikan semua bandar dikuasai oleh kaum Cina.

“Kita tahu bandar ini kawasan paling baik untuk ekonomi dan banyak duit.

“Sudahlah mereka kuasai ekonomi, sekarang ini mereka akan kuasai pula duit-duit di PBT,” katanya dalam satu kenyataan.

Bahkan, beliau turut mempersoalkan tindakan ahli-ahli politik Melayu yang dilihat membisu dan mendiamkan diri berkenaan isu yang sedang berlaku.

“Apa politician Melayu buat? Bab komunis senyap, bab LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam) senyap, bab jawi pun senyap, keselamatan negara terancam pun tak buat apa-apa.

“Mohonlah parti-parti semua samada belah sana atau sini, buatlah sesuatu.Bangunkanlah rakyat. Kamu semua pemimpin, kami hanya rakyat marhaen. Jangan setakat berdegar-degar di dewan tapi senyap di luar.

“Kepimpinan adalah amanah bukan untuk bermegah dan mengaut ghanmah. Jangan ingat kamu selesa di atas kerana ada yang mencatit dan menghitung gerak langkah kamu,” ujarnya.

Menurutnya, dinegara ini pilihan raya PBT tidak pernah dilaksanakan sejak kerajaan Persekutuan menggantung pelaksanaannya melalui undang-undang darurat pada tahun 1965.

Malah usaha untuk menghidupkan pilihan raya PBT banyak digerakkan oleh DAP sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Leave a Reply