Rentas negeri bersyarat perlu mohon kebenaran pihak polis

0

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas : Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (31 Mei 2020) sebentar tadi memaklumkan kebenaran merentas negeri bersyarat termasuk Pasangan Jarak Jauh (PJJ) perlu memohon kebenaran dari pihak polis terlebih dahulu.

“Jika diikutkan, segala aktiviti untuk merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali sakit teruk di kalangan keluarga, kematian, rentas negeri di atas urusan kerja dan juga pasangan yang terpisah atau PJJ.

“Kebenaran yang diberikan itu adalah bersyarat, bukanlah secara automatik dan harus mendapatkan kebenaran dari pihak polis bagi mengelakkan individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kebenaran yang diberikan,” ujar beliau.

Perkara berkenaan sejajar dengan pengumuman yang dibuat oleh beliau semalam dimana pihak kerajaan memberikan kebenaran suami isteri yang terpisah sahaja untuk merentas negeri selain dari kes kecemasan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply