Remaja Singapura rancang serang masjid pada ulang tahun tragedi Christchurch

0
Foto Berita Harian

Di Singapura, seorang remaja Singapura merancang untuk menyerang dua masjid di bandar raya Singapura sempena ulang tahun tragedi pembunuhan umat Islam di New Zealand dua tahun lalu.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, remaja berusia 16 tahun yang ditahan pada Disember tahun lalu, dikatakan sudah membuat persiapan rapi untuk melakukan serangan pada 15 Mac ini menggunakan parang, dua tahun selepas tragedi di Christchurch oleh penyerang rakyat Australia, Brenton Tarrant.

“Berdasarkan persediaan dan pelan serangan, remaja terbabit terpengaruh dengan tindakan dan manifesto Tarrant.

“Malah remaja lelaki itu sudah menyediakan kenyataan untuk dikeluarkan sebelum serangan bermula, serupa seperti yang dilakukan Tarrant,” menurut kenyataan dikeluarkan jabatan itu.

Selain memilih tarikh tragedi itu berlaku untuk melakukan serangan, remaja terbabit turut merancang menyiarkan serangan itu secara langsung.

Remaja terbabit yang kini ditahan dan tidak boleh dibicarakan akan melakukan serangan menggunakan parang, selepas gagal membeli senjata api secara dalam talian.

Dia turut mempelajari cara menghasilkan bom, selain merancang untuk membakar masjid.

Pihak berkuasa memberitahu, siasatan awal mendapati remaja itu bertindak sendirian malah keluarganya, serta masyarakat sekitar tidak tahu rancangannya untuk melakukan serangan serta tahap kebenciannya terhadap Islam. — AFP

Leave a Reply