Reese Witherspoon & anak perempuannya, Ava Phillippe kelihatan seperti kembar!

0

Aktres Reese Witherspoon dan anak perempuan, Ava Phillippe kelihatan seperti kembar dalam selfie cantik terbaru yang memakai gincu merah terang untuk keluar bersama!

Bukan rahsia lagi bahawa Reese Witherspoon, 43, dan anak perempuannya, Ava Phillippe, 20, kelihatan serupa, namun mereka kelihatan lebih mirip berbanding sebelum ini menerusi selfie baru yang dikongsi di laman Instagram Reese.

Memuat naik fotonya bersama Ava, memakai gincu merah terang dengan menulis kapsyen, “Girls night out with my favorite daughter! (ok she’s my only daughter but still)❤️”

Dalam foto itu, Reese dan Ava kedua-duanya berambut blonde! Bukan sahaja mereka berdua memakai gincu merah yang sama, tetapi mereka juga memakai baju hitam, yang memperlihatkan mereka kelihatan lebih serupa!

Ini bukan kali pertama, apabila ibu dan anak perempuan kelihatan seperti kembar, dan sebenarnya mereka kelihatan begitu serupa!

Ava kelihatan sama seperti Reese ketika membawa watak Annette dalam filem Cruel Intentions yang hit pada tahun 1999. Reese hanya berumur 23 tahun ketika filem itu ditayangkan.

Apabila Reese dan Ava kedua-duanya memotong rambut mereka, wajah mereka kelihatan lebih serupa, tetapi tidak kira apa pun sama ada mereka berambut panjang atau pendek, kedua-duanya kelihatan seperti kembar!

Leave a Reply