Reaksi sinis Sharifah Sakinah dihentam netizen

0

Perkongsian terbaru ‘paparan skrin direct message’ Pelakon Sharifah Sakinah di laman Instagram miliknya mendapat kecaman dari netizen yang kurang senang dengan tindakan pelakon berkenaan.

Paparan skrin itu memaparkan nasihat agar menutup aurat oleh salah seorang pengikut beliau secara ‘direct message’ melalui instagram.

Sakinah membalas pesanan ringkas terbabit dengan sinis mengatakan perubahan beliau adalah secara perlahan-lahan.

Rentetan dengan tindakan pelakon itu memuat naik paparan skrin itu menimbulkan ketidakpuasan hati netizen yang berpendapat nasihat secara ‘private’ atau tertutup tidak perlu dipaparkan kepada umum.

Namun, terdapat juga segelintir netizen yang tetap positif dan mendoakan agar pelakon terbabit berubah ke arah yang lebih baik di masa depan.

Sebelum ini, maklum balas sinis Sharifah Sakinah terhadap sesuatu isu sering kali dikritik dan dikecam netizen.

Namun pelakon serba boleh itu tidak pernah melatah dengan setiap kecaman terhadap dirinya.

Leave a Reply