Raya tanpa suami, ibu mertua sambut lebaran bersama BCL dan Noah

0

Kali pertama menyambut Aidilfitri tanpa insan tersayang disisi pasti terasa canggung dan tidak lengkap.

Pemergian suami tercinta secara mengejut tanpa sebarang pesan sudah tentu meninggalkan kesan yang amat mendalam buat si isteri.

Pastinya bukan mudah buat penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari berhadapan kehilangan suami tercinta dalam sekelip mata.

Malah BCL pernah menyatakan dia tidak menyangka akan kehilangan cinta sejati dalam tempoh secepat ini.

Menurut laporan, pelakon dan pengacara Allahyarham Asyraf Sinclair meninggal dunia beberapa bulan yang lalu akibat serangan jantung.

Memahami perasaan yang dilalui, bonda kepada Allahyarham Asyraf iaitu @dida_sinclair telah terbang ke Indonesia untuk menemui dan berada disisi menantu dan cucu tatkala menjelangnya lebaran.

Sudah pasti kehadiran ahli keluarga terdekat sedikit sebanyak mampu mengubati hati yang sedang kesedihan.

Menurut bondanya, Allahyarham sentiasa mahu semua orang bergembira dan hidup dalam kasih sayang.

Dia juga ingin memastikan keakraban kekeluargaan antara ibu dan anak perempuan diteruskan selagi hayat dikandung badan.

Semoga BCL dan Noah tabah menghadapi hidup dan terus dihujani kasih sayang ahli keluarga.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply