Rangkaian produk Mikaseries tembusi pasaran Korea

0

Dikenali sebagai pelakon dan pengacara yang sentiasa menjaga penampilan diri, Zoey Rahman kini semakin rancak mengatur langkah mengembangkan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan Mikaseries yang diusahakannya sejak tahun 2016.

Pada awal penubuhan, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman memulakan perniagaan bersama dua rakannya, Ridhwan Mishani dan Zafar.

Antara produk pertama keluarannya, Mika Whitening yang juga set penjagaan kulit 3 dalam 1 dan suplemen untuk mencerahkan kulit serta membantu sistem pencernaan, Mika Bright.

Berkat dari kejayaan jualan produk, Mikaseries terus mengorak langkah dengan mengembangkan perniagaan mengikut kehendak dan pasaran semasa.

Kepelbagaian produk keluarannya seperti Mikablackmask, Mikaglo dan Mikadation juga laris terjual dan mendapat maklum balas yang positif dari pengguna serta berjaya mencatat ‘rating’ lima bintang.

Respon baik pengguna ini berperanan penting bagi meyakinkan pelanggan baharu mencuba produk keluaran syarikatnya.

Berpusat di Cheras Business Centre, Bandar Sri Permaisuri, anda boleh mendapatkan produk ini menerusi ejen jualan, selain dari laman online rasmi melalui Shopee Mall Mikaseries, www.shopee.com.my/mikaseries

Untuk rekod, produk ini juga telah memenangi beberapa kategori Kesihatan dan Kecantikan di Skuad Selebriti Malaysia.

Mereka turut diberi peluang menyertai Mood Republik bagi acara booth tahunan di beberapa lokasi bandar utama dalam negara.

Melalui pemasaran meluas, produk pelakon berwajah comel kelahiran Terengganu ini semakin dikenali bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran Singapura, Indonesia, Brunei dan juga Korea.

Mikaseries kini juga dipasarkan di 50 cawangan Watsons selain dari pusat membeli belah ,Q Store, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Zoey Rahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Mikaseries amat optimis agar jenama Mikaseries terus melekat di hati penggguna.

“Apa yang kami tawarkan bukan sekadar produk biasa, tetapi produk berjenama dan berkualiti yang melalui proses ‘r&d’ berkali-kali sehingga mencapai tahap piawaian yang diinginkan sebelum memasuki pasaran.

“Terima kasih dari hati kepada semua pihak yang mempercayai serta membantu dari awal penubuhan sehingga jenama Mikaseries berada di tahap hari ini”, ujarnya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply