Ramasamy bidas kenyataan Syed Saddiq yang dilihat terlompat-lompat bagi meraih sesuatu dari Tun Dr. Mahathir

0

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. Ramasamy membalas kenyataan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini membidas sekutu Anwar Ibrahim agar menghentikan desakan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan dan bertanya dengan sinis, “siapa Syed Saddiq yang nak arah saya apa kena cakap atau tidak?”

Kelmarin, Ketua Armada Parti Pribumk Bersatu Malaysai (PPBM) telah membuat perkongsian di laman Facebook miliknya, menggesa supaya sekutu Anwar Ibrahim berhenti memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

Beliau turut menyenaraikan lapan nama yang digelarnya sebagai sekutu Anwar Ibrahim dan salah seorang daripadanya ialah Ramasamy.

Berikutan itu, Ramasamy turut menasihati Syed Saddiq agar menghormati perjanjian di dalam Pakatan Harapan (PH).

“Tiada siapa yang memaksa Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan tetapi mahu dia menetapkan tarikh pengambilaihan kuasa kepada  Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Menurut perjanjian dalam PH sebelum PRU-14, Mahathir dipilih sebagai PM sementara sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

“Tapi malangnya sehingga hari ini, Majlis Presiden PH belum menetapkan sebarang tarikh. Sekarang salah siapa?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Ramasamy berkata, walaupun Tun Dr. Mahathir mahu melakukan transisi jawatan selepas Persidangan APEC tetapi tarikh tetap perlu dinyatakan secara jelas.

“Saya yakin Mahathir tidak ada masalah tetapi Syed Saddiq nampak terlompat-lompat bagi meraih sesuatu daripada Mahathir.

“Syed Saddiq mungkin terlalu baru untuk memahami kedinamikan politik era reformasi termasuk bagaimanapa Mahathir dilantik sebagai PM sementara,” tambahnya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply