Rakyat Malaysia yang pulang dari India negatif COVID-19

0

Terdahulu Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) menyatakan 96 rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Membawa Rakyat Malaysia Pulang dari New Delhi India pagi ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kesemua mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala melibatkan 72 lelaki dan 24 perempuan dengan pecahan 92 dewasa dan empat kanak-kanak.

Hasil daripada saringan kesihatan yang dilakukan oleh petugas kesihatan yang sedang bertugas di Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, dilaporkan tiada individu yang mengalami demam serta bergejala lain bagi wabak pandemik COVID-19.

Swab sampel Nasopharyngeal juga telah diambil di Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA untuk ujian makmal pengesanan COVID-19 bagi 88 orang (8 orang ahli keluarga petugas kedutaan telah menjalankan ujian sebelum berlepas di India dan didapati Negatif COVID-19).

STATUS KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA DIBAWA PULANG DARI NEW DELHI, INDIA DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 17 Juli 2020

Semua mereka ditempatkan di pusat pengawasan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi, Enstek, Nilai selama 14 hari.

Proses kuarantin mandatori selama 14 hari dijalankan di pusat pemantauan yang ditetapkan, dan bukan sebagai ‘Home Surveilance Order’ dengan mengambil kira kumpulan ini telah kembali dari negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan Pandemik COVID-19.

Pemantauan kesihatan juga bakal dilakukan oleh petugas-petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Seremban, Negeri Sembilan.

Selain daripada itu, proses saringan kesihatan akan dibuat dua kali sehari bagi memastikan kesemua individu terbabit benar-benar sihat dan boleh dibenarkan keluar setelah tamat proses pemantauan.

KKM juga akan terus memantau dari aspek kesihatan dan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply