Rakyat Malaysia di Wuhan akan dibawa pulang ke tanah air

0

Rakyat Malaysia yang berada di Wuhan akan dibawa pulang ke tanah air menerusi pesawat Air Asia yang telah berlepas dari KLIA jam 3.50 petang hari ini.

Pesawat terbabit membawa 12 anak kapal, enam kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan seorang wakil Kementerian Luar Negeri.

Pihak kakitangan KKM yang bertugas akan mengawasi dan memantau keadaan penumpang dan kru sepanjang penerbangan berkenaan.

Sekiranya terdapat penumpang yang dijangkiti gejala wabak coronavirus mereka akan diasingkan di tempat khas pada bahagian hujung pesawat.

Setibanya mendarat, kesemua 167 penumpang tidak dibenarkan memasuki bangunan terminal KLIA malah mereka akan menaiki bas khas ke Unit Kecemasan Udara (ADU).

Mereka turut akan menjalani proses dekontaminasi dan saringan kesihatan sebelum dibawa ke Pusat Pemantauan.

Bagi mereka yang negatif coronavirus akan dikuarantinkan selama 14 hari di Pusat Pemantauan, manakala mereka yang positif wabak berkenaan dibawa terus ke hospital terdekat.

Dilaporkan, pesawat itu juga membawa 500,000 sarung tangan getah untuk disumbangkan kepada kerajaan China.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply