Rakyat Malaysia di Singapura mahu pulang boleh mohon ‘entry permit’

0

Bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia di Singapura yang ingin pulang ke tanah air, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di republik berkenaan bersetuju akan mengeluarkan ‘entry permit’ untuk masuk ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, rakyat yang berhasrat pulang perlu membuat permohonan terlebih dahulu melalui emel stmsg@mhc.org.sg sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh pulang.

Menurut laporan daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, setakat ini sebanyak 900 permohonan telah diterima daripada rakyat Malaysia yang berada di Singapura

Malah bagi memastikan proses kepulangan berjalan dengan lancar, Majlis Keselamatan Negeri Johor dan Jabatan Imigresen Malaysia telah membuat keputusan hanya akan menerima masuk 400 rakyat Malaysia sehari.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu, 25 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply