Rakyat Malaysia di Nigeria, Sudan tiba di tanah air

0

25 rakyat Malaysia dan 67 rakyat dari pelbagai negara diterbangkan khas dari Nigeria ke tanah air semalam (11 Julai) melalui pesawat Air Peace.

Penerbangan penghantaran pulang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sekitar jam 9.15 pagi.

67 penumpang yang terdiri dari warganegara Australia (9), Brunei (3), China (1), Filipina (3), Indonesia (1), Kanada (1), Nigeria (6), Pakistan (1), Singapura (1), Taiwan (9) dan Thailand (32) diturunkan di KLIA sebelum meneruskan perjalanan pulang ke negara masing-masing menerusi penerbangan komersial yang telah dijadualkan.

Kementerian Luar Negeri turut memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan juga telah berjaya memudahcara kepulangan 11 orang pelajar di negara tersebut pada Jumaat (10 Julai).

Kepulangan mereka telah selamat tiba ke tanah air kira-kira jam 3.44 petang semalam melalui penerbangan Emirates Airlines.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply