Rakyat Malaysia di AS diminta patuhi panduan keselamatan

0

Kira-kira 150 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) berdepan musim sejuk melampau dan dalam keadaan berjaga-jaga susulan ribut salji yang turut membawa angin beku, air membabitkan banyak kawasan.

Di Houston, Texas, pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai bersiap sedia dan berwaspada dengan keadaan jalan raya yang berbahaya akibat ribut musim sejuk.

Ribut musim sejuk yang “belum pernah terjadi sebelumnya” membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan menyebabkan berjuta-juta warga AS di Texas berada tanpa kuasa elektrik malah banyak kemalangan berlaku dijalan raya kerana salji dan ais yang tebal.

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh ketika angin puting beliung melanda Brunswick County, Carolina Utara, selepas tengah malam Selasa lalu dan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera, kata pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta mematuhi garis panduan keselamatan dan amaran mengenai keadaan berbahaya dan licin yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan susulan kejadian ribut salji di beberapa kawasan di negara itu.

Kedutaan Malaysia di AS dalam kenyataan, berkata rakyat Malaysia di kawasan terjejas perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan merancang aktiviti lebih awal berdasarkan garis panduan keselamatan itu yang berbeza mengikut kawasan.

“Setakat ini kedutaan tidak menerima sebarang permohonan bantuan daripada rakyat Malaysia susulan cuaca buruk di beberapa kawasan di AS.

“Kami juga tidak menerima laporan mengenai rakyat Malaysia terperangkap atau hilang disebabkan keadaan itu setakat ini,” kata kenyataan itu yang dihantar kepada Bernama.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply