Raja Permaisuri Agong tutup akaun Twitter

0

Keramahan dan sifat keibuan semulajadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah menambat hati rakyat.

Umum mengetahui Raja Permaisuri Agong aktif di laman media sosial dan rajin melayan tweet rakyat.

Namun, pada hari ini warga Twitter digemparkan dengan berita penutupan akaun baginda, cheminahsayang.

Penutupan akaun Twitter berkenaan dipercayai kerana komen-komen biadap dan kurang senang netizen terhadap baginda.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong memuat naik status berbunyi “Nothing can ever break you when ALLAH is your strength”.

Leave a Reply