Raja Permaisuri Agong, anakanda berangkat tunai umrah hari ini

0

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda baginda akan berangkat ke Tanah Suci, hari ini bagi menunaikan ibadah umrah.

Perkara itu dikongsi baginda menerusi ciapan di laman Twitter rasmi baginda @cheminahsayang.

 

Baginda bertitah supaya semua rakyat mendoakan keselamatan baginda sekeluarga ketika di Tanah Suci nanti.

“Esok saya dan anak-anak akan pergi mengerjakan ibadah umrah. Doakan kami selamat pergi dan balik serta sempurna menunaikan umrah,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut berkongsi tiga ciapan di twitter mengenai berita keberangkatannya ke Tanah Suci dalam tulisan jawi.

Tiga ciapan dalam tulisan jawi bermaksud ;

‘Doakan saya sekeluarga selamat menunaikan umrah’

‘Tak sabar nak jadi tetamu Allah.

‘Selamat Malam Malaysia’.

Ciapan baginda itu mendapat perhatian warganet dan rata-rata mereka mendoakan agar keberangkatan baginda ke Tanah Suci dilindungi Allah S.W.T.

Patik sekalian di The Malaya Post turut mewakili pembaca dan penonton kami, mendoakan Tuanku dan anakanda sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan mendapat Umrah mabrur.

Daulat Tuanku 🙏🙏

Leave a Reply