Raja Gelek Malaysia, Dato’ M Daud Kilau umum bersara dari dunia seni nyanyian

0

Sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran penyanyi lagenda Dato’ M Daud Kilau yang terkenal menerusi lagu ‘Cek Mek Molek’ dan gelekannya.

Terkini Perak Gazette melaporkan penyanyi veteran ini khabarnya mengalami masalah kesihatan dan tidak lagi bergiat aktif dalam industri seni tanah air.

Dato’ Muhammad Daud bin Kilau mengumumkan bersara dari dunia nyanyian kerana faktor umur dan kesihatan.

Penyanyi yang berusia 81 tahun menghidapi penyakit kencing manis, mengalami kebas tangan dan kaki serta bahagian pinggang.

Menurutnya, masalah kesihatannya semakin teruk selepas mengalami komplikasi membuang air kecil pada tahun 2016.

Kini dia bukan sahaja tidak mampu untuk menyanyi dan bergelek di pentas kerana kakinya sudah tidak begitu kuat untuk berdiri.

Penyanyi yang memulakan karier sekitar tahun 70-an, terpaksa menolak tawaran yang diterima untuk membuat persembahan di Singapura oleh kumpulan Black Dog Bone.

Ujarnya lagi, sekiranya rindu suasana pentas dan aktiviti nyanyiannya, dia akan menatap koleksi baju labuci yang tersimpan rapi dalam almari pakaiannya.

Oleh kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan untuknya bergiat aktif kini dia banyak menumpukan masa untuk diri sendiri dan beristirehat di rumah.

Leave a Reply