Rahsia kulit cantik dengan campuran kunyit

0

Kunyit dikenali sebagai bahan herba yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan mempunyai pelbagai khasiat tersendiri.

Ia juga berfungsi untuk kecantikan dan penjagaan dalaman mahupun luaran seseorang.

Meminum air rebusan kunyit dikatakan dapat menyihatkan tubuh badan.

Bahan alami ini mengandungi zat & nutrisi, vitamin C yang dapat mencerahkan kulit, bahan antiseptik dan antibakteria iaitu curcumin berfungsi untuk membunuh kuman jerawat, minyak meruap dikenali sebagai volatile yang bersifat anti radang dan antimikrob.

Kandungan ini juga dapat mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada kulit.

Jom kita baca kebaikan serta cara untuk mendapatkan kulit yang cerah, bersih, licin dan bersinar dengan hanya menggunakan kunyit.

Mana tahu mungkin ada yang sesuai untuk kulitmu.

1. Membasmi sel kulit mati, mencegah pigmentasi dan menyejukkan kulit.

Cara : Campurkan kunyit dan tepung beras. Scrub pada wajah.

2. Membunuh dan mengelak pertumbuhan jerawat, kurangkan bengkak dan kemerahan.

Cara : Campurkan 2 sudu tepung beras, 1/2 sudu serbuk kunyit, 1 sudu madu dan 2 sudu dadih asli. Sapu pada kulit, biar 15 minit atau hingga kulit benar-benar menegang, bilas menggunakan air sejuk.

3. Mengurangkan kulit berminyak.

Cara : Campurkan kunyit, 1 sudu serbuk cendana dan 3 sudu jus limau. Sapu rata pada kulit 10-15 minit atau hingga kering, bilas dengan air suam.

4. Mengurangkan kedutan.

Cara pertama : Campurkan kunyit parut + timun parut, tampal pada wajah setiap 2 minggu.

Cara kedua :
Campurkan tepung beras, serbuk kunyit, susu tepung dan jus tomato. Sapu pada wajah selama 30 minit atau sehingga kering. Bilas guna air suam.

Jom amalkan tips kecantikan menggunakan bahan alami. Murah dan mudah kan!

Jom cantik 💝–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply