Qobin, Rasyid Sidek, Cheah Soon Kit terima gelaran Datuk

0

Pendaki 7 Benua dan Penjelajah Grand Slam Negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin bersama Abd Rashid Mohd Sidek dan Cheah Soon Kit, bekas pemain Badminton negara yang memenangi Pingat Perak dan Gangsa sukan Olimpik Atlanta 1996 menerima gelaran Panglima Mahkota Wilayah P.M.W yang membawa gelaran Datuk oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in pagi tadi di Istana Negara sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan untuk tahun 2021 bagi sesi kedua.

Majlis kalungan pingat yang sepatutnya diadakan pada bulan Februari 2021 lalu, terpaksa ditunda kepada hari ini 19 November 2021 kerana negara ketika itu diletakkan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akibat penularan wabak covid 19.

Majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran dimulakan dengan penyampaian kalungan bintang dan pingat Seri Mahkota Wilayah S.M.W kepada 9 penerima yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, YB Datuk Seri Santara Kumar A/L Ramanaidu,

Turut menerima gelaran PMW adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta pelakon dan penyanyi Datuk Yusri Abdul Halim atau Yusri KRU, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Majlis istiadat pengurniaan pingat  pada hari ini bagi sesi kedua, seramai 9 orang menerima Setia Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri, 40 orang menerima Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk, 26 penerima pingat Johan Mahkota Wilayah J.M.W, 48 penerima pingat Kesatria Mahkota Wilayah K.M.W, 19 penerima pingat Ahli Mahkota Wilayah A.M.W dan 40 orang penerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah P.P.W.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply