Putus hubungan dengan Korea Utara tak jejas ekonomi Malaysia – Tokpa

0

Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak menjejaskan ekonomi dan perdagangan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata hubungan ekonomi yang membabitkan negara itu dengan Malaysia amat kecil dan dijangka tidak memberi impak besar.

“Kesan kita jangka tidak akan ada sebab (hubungan) dari segi ekonomi agak kecil.

“Hubungan kita sikit sangat dan boleh dikatakan langsung tiada, memang tidak menjejaskan,” katanya kepada pemberita di Jeli.

Laporan media tempatan menyatakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia hasil tindak balas terhadap keputusan mahkamah Malaysia mengekstradisi seorang rakyat Korea Utara ke Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi tuduhan pengubahan wang haram, awal bulan ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply