Putera Harry dan Meghan Markle akan lepaskan gelaran Diraja England dan akan membayar balik RM12.5 juta wang pembayar cukai

0

Putera Harry dan Meghan Markle yang dikatakan telah membuat pengumuman mengejut di laman Instagram yang mengatakan mereka akan meninggalkan gelaran dan tugasan kerabat Diraja England.

Terbaharu, Istana Buckingham telah membuat satu pengumuman rasmi mengenai pengunduran Putera Harry sebagai anggota senior keluarga diraja dan penarikan semula gelaran Diraja yang diberikan terhadap Puteri Harry dan Meghan Markle.

CNN melaporkan, Putera Harry dan isterinya, Meghan tidak akan berkhidmat lagi sebagai ahli keluarga diraja dan bersetuju akan membayar dana Grant Sovereign yang dibelanjakan untuk mengubah suai kediaman rasmi mereka di Forgmore Cottage seperti yang tertulis dalam satu kenyataan.

Pasangan ini juga dikatakan bersetuju untuk melepaskan gelaran Diraja yang diterima mereka dan akan melepaskan juga penerimaan dana awam.

Selain itu, mereka tidak akan terbabit dengan tugas diraja, menerima pangkat ketenteraan rasmi juga tidak lagi menerima dana awam bagi tugas Diraja.

Mereka juga perlu membayar balik £2.4 juta (RM12.5 juta) wang pembayar cukai, yang digunakan bagi mengubah suai kediaman mereka, Frogmore Cottage, berhampiran Istana Windsor.

Menurut sumber, perbincangan dan rundingan ini telah dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari jalan penyelesaian dan mencapai satu persefahaman bagi menyokong keputusan Putera Harry dan keluarga Diraja.

Ratu Elizabeth dalam satu kenyataan turut bertitah bahawa dia menyokong keputusan yang dibuat oleh Putera Harry  dan isteri yang inginkan kehidupan yang lebih bebas dan menyatakan mereka serta anak, Archie akan sentiasa disayangi oleh ahli keluarganya.

 

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply