Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup sementara

0

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga hari ini mengambil langkah keselamatan mengarahkan Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara (PN) ditutup.

Menteri MOSTI berkata, PSN dan PN tidak akan menerima sebarang kunjungan dari orang ramai mulai hari ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga terutama musim cuti sekolah, pembukaan semula akan dimaklumkan kelak.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin turut mengingatkan warga MOSTI termasuk PSN dan PN agar mengikuti sebaiknya Standard Operating Procedure (SOP) pengawalan COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan.

“Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa.

“Sekiranya mengalami gejala jangkitan diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon krisis (CPRC) Kebangsaan,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply