Pusat beli-belah eCurve di Mutiara Damansara akan tutup operasi secara rasmi mulai 31 Mac ini

0

Kesan penularan COVID-19 mengejutkan ekonomi global. Malah ekonomi negara juga terhimpit dek kerana penularan wabak berjangkit ini.

Terkini pusat membeli-belah, eCurve yang berlokasi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya akan menutup operasi secara rasminya bermula 31 Mac ini.

Penutupan ini menjadikan pusat beli belah terbabit merupakan yang pertama seumpamanya mengambil keputusan sedemikian.

Pastinya, berita ini benar-benar menyedihkan khususnya buat mereka yang sering berkunjung ke pusat membeli belah terbuka yang ulung di negara ini.

Menerusi laporan status yang dikongsikan melalui Facebook Malaysia Shopping Mall mendakwa, pusat membeli-belah itu bakal menamatkan operasi pada 31 Mac ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply