Punya misai dan janggut, Che Halimah redha dengan ujian Allah SWT

0

Allah SWT menguji hambaNya dengan pelbagai cara.

Di Pasir Mas, Kelantan seorang warga emas, Che Halimah Che Mood, 62 tahun dibelenggu masalah mempunyai misai dan janggut sejak usia awal 20-an.

Dia terpaksa bercukur dua atau tiga kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa.

Berkongsi dengan wartawan Berita Harian, bekas tukang masak yang pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali, berkata dia sudah berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah.

Katanya doktor berkenaan mengesahkan dia mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.

Katanya, selama berpuluh-puluh tahun dia perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling.

Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.

“Saya tiada anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.

“Malah, misai dan janggut saya, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki,” katanya.

Terdahulu, wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang mengunjunginya menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan, serta lampin pakai buang.

Menurutnya, dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang biasanya digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.

“Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak di restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya, saya diuji dan kini hanya mampu terbaring jika tidak dibantu.

“Sebelum ini, saya tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalah saya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan saya kurang keyakinan diri,” katanya.

Semoga Makcik Che Halimah sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply