Punca rambut beruban dan cara pencegahannya

0

Memiliki rambut beruban ketika di usia tua merupakan perkara normal kerana semakin berusia pigmen warna (melanin) rambut akan hilang atau pudar.

Kajian juga mendapati segelintir golongan muda turut mempunyai uban berbanding usianya.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan individu cepat beruban sebelum usia antaranya ialah kurang vitamin B6, B12, Biotin, Vitamin D dan E.

Mempunyai masalah kesihatan seperti masalah autoimun, kelenjar tiroid dan asbab keturunan juga boleh menjadi faktor utama.

Cara pencegahan agar tidak nampak tua sebelum usia, adalah amat digalakkan memakan makanan yang tinggi vitamin seperti daun kari, buah limau, kimchi, tempeh, ikan salmon, tiram, telur, coklat dan kekacang.

Selain itu, kurangkan penggunaan bahan kimia untuk produk rambut dan berhenti merokok serta elakkan stress.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply