Punca dan keadaan komplikasi ketika kehamilan

0

Proses kehamilan merupakan pengalaman indah dan detik menggembirakan bagi wanita yang menantikan peluang bergelar seorang ibu.

Namun, tidak semua proses kehamilan akan melalui jangka waktu seperti yang diharapkan kerana sepanjang tempoh itu pelbagai perkara boleh berlaku.

Wanita yang berdepan dengan pelbagai masalah dan komplikasi ketika mengandung boleh membawa kepada kehamilan berisiko tinggi.

Ada banyak punca dan keadaan yang membawa kepada kehamilan berisiko tinggi antaranya seperti:

1) Mengandung buat kali pertama
2) Kandungan kembar atau lebih
3) Kedudukan janin songsang atau melintang
4) Mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah
5) Mengalami pendarahan semasa hamil
6) Menghidapi penyakit seperti anemia, diabetes, hipertensi dan jantung
7) Jarak kelahiran kurang daripada 2 tahun atau lebih 5 tahun
8) Mengandung kali pertama pada umur 35 tahun dan ke atas
9) Berumur kurang dari 18 tahun
10) Mengandung lebih daripada 6 kali

Golongan yang melalui fasa ini perlu diberi perhatian khusus dan memerlukan pemantauan dari doktor.

Jika tidak ditangani, dikawal, dirawat dan dipantau dengan baik ia boleh memudaratkan kesihatan ibu dan anak sehingga boleh menyebabkan berlakunya kecacatan janin dan kematian ibu serta bayi dalam kandungan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply