Pulau Pasir Timbul, Pitas Sabah menjadi tarikan dan tumpuan pelancong tempatan serta luar negara

0

Sabah adalah sebuah negeri di Malaysia yang menduduki bahagian utara pulau Borneo dan terkenal dengan Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095 meter.

Saban tahun Sabah menjadi pilihan ramai sebagai salah satu destinasi pelancongan kerana memiliki keindahan pulau dan alam semula jadi.

Di Pekan Pitas, Sabah terdapat satu pulau yang sangat popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara yang dipanggil Pulau Pasir Timbul.

Yang menariknya mengenai pulau ini adalah anda boleh duduk bersantai menikmati permandangan di tengah laut dan berjalan di atas air.

Pulau ini juga turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Pulau Terapung atau Pitas Floating Island yang terletak di Kampung Malubang, Pitas Sabah.

Antara aktiviti menarik disana yang boleh anda lakukan ialah berkayak, Snorkelling, Floating Carpet & Stand Up Paddle dan menikmati pelbagai jenis makanan laut yang sedap dan segar. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply