Pulang dari mengerjakan umrah, Ayda Jebat berhijab?

0

Pelakon dan penyanyi yang tak lekang dengan senyuman, Ayda Jebat baharu sahaja pulang dari mengerjakan Umrah baru baru ini.

Namun perkongsian yang dimuatnaik oleh pengarah yang rapat dengannya, Sheila Rusly telah mengejutkan dan menggembirakan hati para peminat.

Sheila Rusly telah memuatnaik gambar Ayda tampil manis dengan memakai tudung ketika Ayda dan kenalan mereka berkunjung ke premis makanan yang diusahakan oleh Sheila Rusly, The Dim Sum Place.

“Moga kita istiqomah @aydajebat @syazara_aisha #sentiasabersyukur #alhamdulillah” tulis Sheila.

Ayda juga turut memuatnaik beberapa entri yang memaparkan dirinya tampil mengenakan hijab di laman Instagramnya.

Namun sehingga kini Ayda masih belum memberi sebarang kenyataan berkenaan penghijrahan yang dilakukan olehnya.

Terdahulu Ayda pernah mengatakan dia sedang belajar dan ingin berubah ke arah yang lebih baik dan sebolehnya tidak mahu on/off setelah bertudung–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply