Pukul pengawal peribadi : Seorang ahli perniagaan dan tiga pekerjanya direman tujuh hari

0

Empat individu yang terbabit dalam kejadian memukul dua pengawal peribadi direman tujuh hari bermula hari ini.

Kesemua suspek mencakupi majikan mangsa berkenaan dan tiga pekerjanya masing-masing berusia 38 hingga 46 tahun

Perintah reman dikeluarkan Majistret Solehah Noratikah Ismail selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia, PDRM.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, permohonan reman dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

“Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan 8.20 malam tadi di ibu kota hasil risikan polis susulan laporan dibuat mangsa.

“Siasatan berhubung kes berkenaan akan diteruskan,” katanya.

Semalam, dua pengawal peribadi dibelasah dan diacukan pistol disebabkan enggan menuruti arahan majikan supaya tidak berpuasa.

Mangsa didakwa dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply