Public Health Malaysia mohon dermawan tampil hulur bantuan ventilator tambahan

0

Menurut laman media sosial Public Health Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan 200 ventilator tambahan bagi menampung ventilator yang sedia ada.

Memetik perkongsian di laman Facebook berkenaan, kadar kematian seseorang adalah 0.2% berbanding dengan kadar dunia iaitu 4.5%.

Salah satu faktor kematian yang rendah adalah kerana bilangan katil yang mencukupi termasuk dengan kelengkapan ICU.

KKM sedang mencari 200 ventilator tambahan. Kadar kematian kita adalah 0.2% berbanding dengan kadar dunia iaitu 4.5%….

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Sabtu, 21 Maret 2020

Buat masa ini, semua kes pembedahan yang bukan kecemasan dan bukan kes COVID-19 di tangguhkan atau dirujuk ke hospital lain bagi mengosongkan wad dan juga ventilator ICU.

Disebabkan itu, KKM berjaya menyediakan 300 ventilator ICU khusus untuk COVID-19 namun masih memerlukan kira-kira 200 ventilator tambahan.

Public Health Malaysia juga memohon kepada sesiapa yang mampu dan dermawan untuk turut sama membantu bagi melengkapkan keperluan penting ini.

Dalam pada itu, mereka juga “tagged” perkongsian terbabit kepada jutawan kosmetik Terlajak Laris, Dato’ Sri Aliff Syukri dan juga Dato’ Sri Vida.

Kepada sesiapa sahaja yang mampu dan mempunyai keinginan untuk menderma boleh lah tampil membantu melengkapkan keperluan tambahan berkenaan.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply