PU Syed tegur perkongsian Nabila Huda bersama seekor anjing, harap tidak menjadi ikutan ramai

0

Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian pelakon Nabila Huda yang bergambar dengan seekor anjing baka Husky dengan status “Relax, saya dah cibuk muka saya dan samak “, tulisnya.

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian Pencetus Ummah Syed yang turut memuatnaik gambar Nabila bersama anjing di Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Saya Dah Samak. Itu kata² Nabila Huda bila dia memuat naik gambarnya bersama seekor anjing. Fenomena membuat sesuatu yg haram dengan sedar dikalangan artis semakin menjadi² dan dianggap biasa dikalangan mereka. Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara2 dosa lain yg sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontontkan kpd peminat mereka. Fenomena menormalisasikan dosa ini sgt bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitnah pd Agama. Hukum menyentuh anjing Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A. Kata beliau : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي دَارَ قَوْمٍ مِنَ الأَنْصَارِ وَدُونَهُمْ دَارٌ ، قَالَ : فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، سُبْحَانَ اللهِ تَأْتِي دَارَ فُلاَنٍ ، وَلاَ تَأْتِي دَارَنَا ، فقَالَ : فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَنَّ فِي دَارِكُمْ كَلْبًا ، قَالُوا : فَإِنَّ فِي دَارِهِمْ سِنُّوْرًا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ السِّنُّوْرَ سَبُعٌ Maksudnya :” Nabi SAW pernah masuk ke rumah seorang Ansar dan Nabi juga pernah tidak masuk ke rumah seorang Ansar yang lain. Abu Hurairah berkata : Perbuatan tersebut menyebabkan mereka terasa. Mereka berkata : Wahai Rasulullah, Maha Suci Allah, engkau masuk ke rumah fulan dan tidak masuk ke rumah kami. Nabi SAW bersabda : Ini kerana di dalam rumah kamu ada anjing. Mereka berkata : Di dalam rumah mereka terdapat sinnur (sejenis kucing yang disebut juga felidae). Maka Nabi SAW menjawab : Sesungguhnya sinnur itu adalah haiwan liar.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 8324 di dalam Musnad) Merujuk kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa yg menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kpd peminat² beliau. Biar tahu jangan keliru PU Syed. #AdeAmbeTakut Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2744-al-kafi-886-memegang-anjing-ketika-dalam-lakonan

A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on

Menurut PU Syed, fenomena membuat sesuatu yang haram dalam keadaan sedar di kalangan artis semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa pada mereka.

Menurutnya, ia bermula dari adegan sentuh-menyentuh, peluk-memeluk dan dosa lain diulangi.

Tanpa rasa bersalah ia kemudiannnya dipertontonkan kepada para peminat.

Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan ia boleh mendatangkan fitnah kepada Agama.

PU Syed turut memberitahu tentang hukum mengenai menyentuh dan memegang anjing.

Dia juga sempat memberikan hadis beserta maksudnya pada status yang dikongsinya itu.

“Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A. Kata beliau

‎كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي دَارَ قَوْمٍ مِنَ الأَنْصَارِ وَدُونَهُمْ دَارٌ ، قَالَ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ ، سُبْحَانَ اللهِ تَأْتِي دَارَ فُلاَنٍ ، وَلاَ تَأْتِي دَارَنَا ، فقَالَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لأَنَّ فِي دَارِكُمْ كَلْبًا ، قَالُوا فَإِنَّ فِي دَارِهِمْ سِنُّوْرًا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ السِّنُّوْرَ سَبُعٌ

Maksudnya ” Nabi SAW pernah masuk ke rumah seorang Ansar dan Nabi juga pernah tidak masuk ke rumah seorang Ansar yang lain. Abu Hurairah berkata Perbuatan tersebut menyebabkan mereka terasa. Mereka berkata Wahai Rasulullah, Maha Suci Allah, engkau masuk ke rumah fulan dan tidak masuk ke rumah kami. Nabi SAW bersabda Ini kerana di dalam rumah kamu ada anjing. Mereka berkata Di dalam rumah mereka terdapat sinnur (sejenis kucing yang disebut juga felidae). Maka Nabi SAW menjawab Sesungguhnya sinnur itu adalah haiwan liar.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 8324 di dalam Musnad)” tulis PU Syed.

Tambahnya lagi, mengikut Mazhab Imam Syafie, setiap inci pada seekor anjing dikira sebagai najis.

PU Syed turut berpesan supaya tidak memuatnaik gambar yang akan mengaitkan diri sendiri dengan fitnah seterusnya menjadi ikutan para peminat.

Di ruangan komen, ada yang meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan Nabila dan bersetuju dengan teguran PU Syed.

Leave a Reply