PTPTN peruntuk RM35 juta untuk manfaat 23,487 penuntut sambung Ijazah

0

Berita baik untuk penuntut yang bakal melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sebanyak RM35 juta kepada 23,487 penuntut yang bakal melanjutkan pengajian berkenaan Oktober ini.

Menurut Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, PTPTN menyediakan RM1,500 untuk setiap seorang penuntut bagi menampung perbelanjaan memasuki UA.

“WPP ini dberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang telah membuat persetujuan menerima WPP semasa memohon UPU Online atau melalui portal kemasukan ke IPTA.

“Pelajar boleh menunaikan WPP ini di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara bermula 24 September dengan membawa surat tawaran WPP dan juga MyKad pelajar sendiri.

“Tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan bemula 24 September 2021 hingga 23 November 2021”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, penuntut boleh menyemak tawaran WPP mulai 27 September menerusi portal rasmi PTPTN.

Permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian boleh dibuat menerusi Portal PTPTN bermula 1 September hingga 30 September tahun ini bagi kelompok pertama.

Bagi kelompok kedua, permohonan dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2021 dalam memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sebagaimana sepatutnya.

Untuk rekod, sejumlah 924,025 penuntut telah menerima WPP sejak ia diperkenalkan pada tahun 1999 hingga 31 Julai 2021 dengan peruntukan keseluruhan RM1.39 bilion.

Terdahulu Datuk Wan Saiful menyantuni tiga pelajar yang ditawarkan WPP di rumah mereka di Kubang Pasu, Kedah dengan menyerahkan sendiri surat tawaran WPP berjumlah RM1,500.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply