PRU 15 : Pilihan Perdana Menteri Malaysia ke-9?

0

Oleh Saiful Bukhari Azlan

Sistem pilihanraya Malaysia mengunapakai sistem “First-Past-The-Post”, bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

Dalam pemilihan dan lantikan Perdana Menteri, Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Justeru, Pengundi tidak berpeluang untuk mengundi siapakah Perdana Menteri mereka. Hanya dapat mengundi calon parti di kawasan mereka. Berbeza dengan sistem di Amerika, Indonesia, di mana rakyat boleh memilih terus calon Presiden mereka.

Walaubagaimanapun, secara tradisinya, calon-calon Perdana Menteri terdiri dari kalangan mereka yang menduduki hierarki tertinggi sebuah parti dan perolehi majoriti sokongan Ahli Parlimen.

PRU ke-15 dikatakan bakal berlangsung pada tahun ini. Persaingannya dijangka sengit.

Persidangan UMNO Bahagian sudah berakhir. Melihat pada usul-usul yang di bentangkan, ada yang mahu kerjasama bersama Perikatan Nasional diteruskan tetapi tidak membenarkan Bersatu bertanding di kerusi tradisi UMNO. Ada juga yang terus menolak kerjasama dengan Bersatu, bermakna UMNO-BN bakal bertanding secara solo.

Justeru, jika berlaku pilihanraya dalam waktu terdekat dan perpecahan tidak dapat di elakkan, bermakna ia akan melibatkan pertandingan tiga penjuru parti iaitu BN Vs PN vs PH dan mungkin ada pertambahan lagi koalisi parti-parti politik lain.

Dengan parti dan koalisi politik yang sedia ada setakat hari ini, maka dapat di simpulkan bahawa calon-calon Perdana Menteri yang sedia ada adalah ketiga-tiga individu ini iaitu – Pengerusi Perikatan Nasional: Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Barisan Nasional: Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Pengerusi Pakatan Harapan : Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Persoalannya kini, parti mana, koalisi apa, siapa calon PM yang bakal dapat majoriti sokongan pengundi?

Dan adakah keputusan PRU-15 nanti dapat beri jaminan parti yang menang dapat membentuk satu kerajaan yang kuat dan stabil? Atau sebaliknya..? –THE MALAYA POST.

Saiful Bukhari Azlan adalah Pengasas dan CEO SSP Analytics yang merupakan sebuah syarikat Firma Penyelidikan, Big Data Analytics dan pembekal peralatan IT yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

Leave a Reply