Prosiding reman dijalankan di balai, Peguam puji Ketua Hakim Negara

0

Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla memuji kebijaksanaan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mengarahkan semua prosiding reman dijalankan di balai polis seluruh negara.

Dan bukan lagi mahkamah sepanjang perintah kawalan pergerakan, PKP.

Walau apa sekalipun, kata Haniff Khatri dalam kes-kes ringkas yang melibatkan jenayah-jenayah ringan, termasuk dan tidak terhad kepada jenayah kemungkiran syarat-syarat di bawah Pergerakan Kawalan Terhad menurut AKTA 342, pihak mahkamah dapat mengambilkira untuk mengenakan jaminan yang memadai.

Ia agar suspek dapat dilepaskan untuk kembali kepada keadaan selamat di rumah masing-masing, sehingga proses lanjut pertuduhan, jika ada, dan sebutan lanjut diadakan di mahkamah kelak.

Katanya ini kerana pada dasarnya jenayah-jenayah ringan ini tidak memerlukan siasatan-siasatan lanjut seperti jenayah berat.

Dan fakta jenayah itu pada kebiasaannya berlaku di hadapan pegawai ataupun pihak berkuasa terbabit, seperti kemungkiran syarat-syarat di bawah Pergerakan Kawalan Terhad menurut Akta 342 itu sendiri.

Tambahnya, dengan cara yang dicadangkan di atas, keselamatan pihak polis yang mengendalikan “lock-up” di Balai Polis mahupun mana-mana suspek atau tahanan lain di dalam “lock-up” tidak terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 sesama mereka dalam masa tahanan pasca reman.

“Walau apa sekalipun, saya ingin menambah cadangan agar dalam kes-kes “ringkas” yang melibatkan jenayah-jenayah ringan, termasuk dan tidak terhad kepada jenayah kemungkiran syarat-syarat di bawah Pergerakan Kawalan Terhad menurut Akta 342, pihak mahkamah dapat mengambilkira untuk mengenakan jaminan yang memadai agar suspek dapat dilepaskan untuk kembali kepada keadaan selamat di rumah masing-masing, sehingga proses lanjut pertuduhan, jika ada, dan sebutan lanjut diadakan di mahkamah kelak, kerana pada dasarnya jenayah-jenayah ringan ini tidak memerlukan siasatan-siasatan lanjut seperti jenayah berat, dan fakta jenayah itu pada kebiasaannya berlaku di hadapan pegawai ataupun pihak berkuasa terbabit, seperti kemungkiran syarat-syarat di bawah Pergerakan Kawalan Terhad menurut Akta 342 itu sendiri.

“Dengan cara yang dicadangkan di Perenggan 4 di atas, keselamatan pihak polis yang mengendalikan “lock-up” di Balai Polis mahupun mana-mana suspek / tahanan lain di dalam “lock-up” tidak terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 sesama mereka dalam masa tahanan pasca reman.

“Syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada YAA Ketua Hakim Negara dan pihak polis dalam melaksanakan “adaptasi proses perundangan yang perlu” dalam musim gejala COVID-19 ini”, katanya.

Terdahulu menurut Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Sallehbertarikh 1 April, Tengku Maimun bersetuju dengan permohonan Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Mazlan Mansor.

“Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan semua prosiding reman dijalankan di balai polis seluruh negara dan bukan lagi mahkamah sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP)” – Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Dato’ Mazlan membuat permohonan itu bagi mengurangkan risiko jangkitan Civid-19 dengan mengurangkan pergerakan dan mengamalkan penjarakan sosial.

Beliau juga permohonan itu dibuat dengan mengambil kira masalah logistik pihak polis yang mengutamakan sekatan jalan raya, rondaan dan pemeriksaan ketika pelaksanaan PKP.

Tan Sri Tengku Maimun bagaimanapun memohon pemakluman awal kepada mahkamah, hak orang disyaki untuk mewakili peguam tidak dinafikan dan mematuhi garis panduan pengurusan Covid-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.” –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply