Promosi minuman kecantikan di media sosial, namun netizen lebih tertumpu pada rantai Chanel yang dipakai Nora Danish!

0

Pasti ramai yang mengenali Nora Danish, pelakon yang sering tampil menawan persis si anak dara meskipun telah memiliki dua orang anak.

Baru-baru ini Nora Danish telah mempromosikan satu produk berasaskan minuman di laman Instagram miliknya.

Bukan produk yang dipromosikan Nora yang menarik perhatian netizen namun mereka lebih berminat berbicara soal rantai yang dipakai Nora!

View this post on Instagram

#goodthingsweshareoutoflove , thx @kaffi.hq

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Rantai emas yang berloket dari jenama mewah Chanel lebih menjadi perhatian warganet, malahan di ruangan komen rata- rata membawang mengenai rantai berkenaan.

Namun Nora masih belum menjawab setiap persoalan dari para peminatnya kerana ada juga yang mengatakan rantai berkenaan merupakan tali rantai beg tangan wanita.

Yang lebih melucukan ada juga peminat yang ‘mention’ si suami dan mengatakan mahu memakai rantai terbabit ketika menghantar anak ke sekolah dan berjanji tidak memakainya ketika pulang ke kampung.

Nampaknya aura kecantikan dan penampilan Nora Danish ni kuat juga ya, sehingga netizen seringkali mengeluarkan idea bernas mengusik pelakon jelita ini. — THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply