Program TKPM bantu rancak sektor ekonomi, tingkat pengeluaran tanaman makanan secara komersial

0

Kini, aktiviti pertanian semakin diminati ramai. Ada yang bertani sekadar hobi, malah ada juga yang memilih aktiviti ini sebagai profesion tetap kerana pulangannya yang lumayan.

Menyedari akan perkembangan baik ini, kerajaan negeri Perak telah mewujudkan program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) iaitu di bawah kendalian Jabatan Pertanian dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan di dalam sektor pertanian.

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam bidang pengeluaran makanan.

Konsep pelaksanaan TKPM ini memerlukan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi mewartakan tanah-tanah yang telah dikenal pasti dan sesuai untuk dibangunkan.

Manakala Kerajaan Persekutuan pula berperanan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur asas bagi projek yang akan dibangunkan.

Kami berpeluang melawat projek TKPM di Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

Dengan suasana yang tenang, puas mata memandang dengan kehijauan tanaman sayuran yang segar bugar menghijau. Semuanya dijaga rapi mengikut prosedur yang ditetapkan.

Antara jenis tanaman yang diusahakan adalah sengkuang, cili, jagung, tembikai, melon, tomato, nangka, betik, labu dan banyak lagi.

Pencapaian setakat ini menunjukkan bahawa projek TKPM telah memperolehi hasil yang menggalakkan dan amat berpotensi untuk diperluaskan.

Pengamalan teknologi perladangan yang digunakan dalam projek ini juga adalah yang terkini dan moden seiring dengan pelaksanakan Amalan Pertanian Baik (GAP).

Projek ini juga mampu meningkatkan penglibatan usahawan baru dalam bidang pengeluaran tanaman.

Selain itu, penglibatan daripada pihak swasta amatlah digalakkan untuk menjadi “anchor company” dalam program TKPM ini.

Pusat penggumpulan atau pengreddan hasil juga dibangunkan bagi tujuan memudahkan hasil tanaman dikumpul dan dipasarkan dengan harga yang berpatutan dan mempunyai nilai kualiti yang lebih terjamin.

Nilai pengeluaran dan peserta yang disasarkan dalam program TKPM ini adalah 184,300 m.t dengan nilai RM 197 juta dan penglibatan 1000 peserta.

Matlamat TKPM adalah bagi mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal selain dari membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti.

Selain itu, jabatan pertanian juga mahu membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersial.

Dalam usaha ini, kerajaan negeri juga berharap para usahawan pertanian mampu menjana pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulan dan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan.

Bila dah tengok tanaman sayuran dan buah-buahan di depan mata, teringin pulak nak bercucuk tanam di belakang rumah tu…Jimat sikit duit dapur.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply