Program Sarapan Pagi sekolah rendah di seluruh negara bermula hari ini

0

Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama membabitkan 100 buah sekolah rendah di seluruh negara menikmati sarapan pagi percuma bermula hari ini.

Kategori pelajar yang menerima manfaat program berkenaan hanyalah khusus untuk pelajar yang kurang berkemampuan dan dipilih berdasarkan garisan kemiskinan nasional.

Terdapat lebih 20 menu yang akan disajikan bergilir-gilir mengikut sukatan nutrisi dan kalori yang sesuai untuk pelajar.

Anggaran kira-kira 4,000 pelajar memulakan sesi persekolahan pagi ini dengan menikmati sajian pagi yang bermula pada jam 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi.

PSP adalah usaha menerapkan pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat sebelum sesi pembelajaran bermula. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply