Program Perintis Pertiwi, kolaborasi Yayasan Peneraju, industri beri penempatan pekerjaan

0

Yayasan Peneraju menjalin usaha sama dengan organisasi perkhidmatan professional, Flemmings Chartered Accountants (UK) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dalam memperkasa modal insan negara khususnya dalam bidang perakaunan dan pengauditan.

Terbaru, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad, projek perintis di bawah Program Perintis Pertiwi ini telah menempatkan lima graduan perakaunannya di Flemmings Chartered Accountants, United Kingdom selama tiga tahun.

Mereka ialah Muhammad Faris Fakhrullah Mohd, Muhammad Hazeem Aiman Ismadi, A’liah Azizi, Muhammad Amirul Syahmie Shuhaimie, dan Muhammmad Azib Bahrin.

“Hari ini saya telah bersama-sama penerima faedah/manfaat Yayasan Peneraju yang berjaya mendapat penempatan pekerjaan sebagai trainee accountant di Flemmings Chartered Accountants di United Kingdom selama tiga tahun.

“Ia merupakan projek perintis di bawah Program Perintis Pertiwi yang melibatkan Yayasan Peneraju dan rakan-rakan kolaborasi di dalam dan luar negara seperti Flemmings Chartered Accountants (UK) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas),” katanya kepada The Malaya Post.

Katanya program pembangunan modal insan itu bertujuan menyediakan platform bagi menyerlahkan potensi gra­duan perakaunan tajaan Yayasan Peneraju.

“Saya ucapkan selamat menempuh alam pekerjaan dan selamat maju jaya. Semoga peluang bekerja di luar negara memberi pengalaman yang terbaik dan dapat meningkatkan potensi diri ke tahap yang tinggi,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply