Produksi drama rosakkan fosil gigi mamalia di Gua Matsoorat

0

Negeri Perak terkenal sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan khazanah alam hutan hujan tropika.

Namun amat mendukacitakan apabila sebuah produksi drama yang melakukan penggambaran drama bersiri di telah merosakkan bahagian dalaman Gua Matsoorat yang terletak berhampiran Gunung Lang.

Dilaporkan, selain fosil gigi mamalia pecah, terdapat lumpur di seluruh tempat dan lilin pada dinding.

Malah, pihak terbabit turut menconteng grafiti dengan nama drama bersiri berkenaan.

Melalui perkongsian bekas Pengarah Komunikasi dan Media Pejabat Menteri Besar Perak, Megat Mohd Shahrin di laman Facebooknya, dia turut meluahkan kekecewaan di atas kerosakan yang dilakukan terhadap khazanah bersejarah yang berusia jutaan tahun.

Malahan katanya produksi berkenaan tidak membuat permohonan untuk melakukan penggambaran di kawasan gua berkenaan dan menyifatkan tindakan ini sangat tidak profesional.

Menurutnya, produksi terbabit datang tanpa diundang dan pergi dengan pelbagai kerosakan.

“Sekiranya mereka berfikir yang mereka boleh berdiam diri dan menyangka kami akan melupakannya, mereka tak tahu dengan siapa yang mereka hadap. Mereka datang tanpa diundang dan bila pergi, ini yang ditinggalkan,” kongsinya.

Dia turut menyenaraikan kerosakan yang dilakukan antaranya :

1) Fosil rosak yang sebelumnya dalam keadaan yang sempurna

2) Tiga jelaga hitam pada dinding gua dengan bau minyak tanah kerana pembakaran secara terbuka

3) Sampah!! Seluruh gua. Tisu yang digunakan untuk solekan, lilin, topeng, dan lain-lain.

4) Lubang digali pada lantai gua

5) GRAFITTI diukir dan ditulis pada dinding gua dengan tajuk drama bersiri berkenaan

Malah katanya, pihak produksi menjana wang dan keuntungan besar dari drama bersiri termasuk penggambaran tanpa izin di tempat warisan.

“Bertanggungjawab untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh pasukan anda,” ujarnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply